Diari 1 - Rafting@Berakit



Salam semua..

Pada 3 tahun lepas, aku ada pergi rafting. Rafting? Ape tuh rafting? Raft maksud dia rakit so kalau rafting = berakit. Tapi ni bukan raft ala2 buluh gitu. Raft moden, pakai angin dan boleh dikatakan sukan extreme. Tak percaya, nanti ada aku kepilkan gambar dibawah.

Terlupa pulak, aku keje kat Ipoh. So, kawan-kawan ofis(tak penah tengok muka pun) di KL ajak pergi rafting kat Sungai Ulu Bernam kat area UPSI sana tu. Aku pun join la buat pertama kalinya aktiviti tu. Dah settle semua bayaran dan tibalah waktu dijanjikan. Tarikh aku tak ingat(hahahahaha-terlupa la.. 3 tahun lepas nye citer ni). Almaklumlah, aku sorang jer dari Perak dan diorg semua dari KL. So, kami berjumpa di susur keluar "highway" Ulu Bernam. Mula-mula segan jugak la aku tak kenal diorang ni. Tapi diorang ni sporting. Aku perhati, aku kenal sorang mamat ni. Aku tanya dia "Chocrain ke?". Dia terkejut. Kahkahkah, dia pun tak perasan aku. Aku junior dia masa sekolah kat Teknik Taiping dulu. Nama dia nie, Shah Faisal Asbollah(kalau tak salah aku). Senior se-dorm lak tuh. Boleh mamat ni lupa lak kat aku. Tapi takpe, dia lama-lama ingat ler tu.

Kami pun semua tunggu Touring Guide dari tempat rafting tu. Sekejap je, diorang pun sampai. Lepas tu, kami bertolak ke destinasi yang dijanjikan. Jauh nak mampus!!! Hahaha, nasib baik aku isi minyak motor full. Aku sorang jer naik motor, yang lain naik keta. Dah sampai, kami semua diarahkan untuk tukar pakaian sukan(ye la, nak raftingkan) dan bersiap untuk kene lecture. Takde la, bukan lecture tapi briefing tentang keselamatan tentang sukan Rafting ni.


Masa dengan taklimat tentang sukan rafting. Ye ye je dengar semua.
Ada tido pun ada ;-p


Lepas dah dengar semua teguran-teguran dan nasihat-nasihat tak GUIDER ni, bermulalah kisah debaran jiwa. Jantung berdegup kencang semua tuh. Angkat raft reramai pun pun raft tuh berat. Muka semua pucat masing. Kami masa ada 2 group buat rafting nie mewakili Organisasi masing-masing. So, agak ramai jugak ler masa tuh. Ada yang gelak ketawa, ada yang tak cakap pun ada(berdedar@takut). Aku pun takut jugak tapi maintain. Hahahaha!!! Satu raft boleh muatkan 7-10 orang. Ada jugak ler 8 raft(kalau tak salah aku). Satu demi satu raft dilepaskan. Hati aku tetiba berdebar kuat. Mana taknya, first jeram diorang dah menjerit kaw-kaw punya. Jeram tu nampak takde bahaya tapi bila raft lalu jer kat situ, wow, bahaya jugak. Raft aku last sekali. Paham-paham jer la, ada lapan raft. 7 raft dah jalan dulu. Menjerit tak ingat-ingat punya. Kalau jeritan perempuan tu, biasalah didengar. Ni lelaki pun menjerit, ape cerita?? Lelaki jerit cam perempuan, ahahaha.. macam mak nyah tau..!! hahaha.. Nak tergelak bila aku tulis benda ni balik kat sini.

Ni la jeram pertama kami redah tu. Tengok muka memasing.
Muka GanaZ tapi bila keaadan macam ni, jadi manja@comel pulak. ;-p



Tibanya raft aku n kengkawan lak. Fuh, memang cuak jugak gak masa tuh. Tak boleh nak control dah. Lepaskan semua yang ada, apa lagi.. jerit la jugak.. warghkahkahkah. Lepas babak pertama, semua raft tunggu raft kami, sebab kami last, so memang kami pulak yang akan berjalan dulu untuk jeram berikutnya. Jeram yang berikutnya tak boleh nak bayangkan. Tinggi ke, rendah ke, macam-macam le dalam kepala aku. Tetiba Guider bagi tau, jeram ni bahaya sikit. Apa lagi, terus laju jer degupan jantung aku. kehkehkeh.. aku post gambar ni kat bawah yer..

Nampak tak, jeram ni diorang kata Level 4 punya difficuilty. Aku tak tau apa diorang cakap. Masih baru lagi dalam sukan rafting. Pastu diorang explain la maksud dia. Ada 5 Level difficuilty untuk jeram-jeram nie. Lagi tinggi nombor dia, lagi risiko@best. ;-D.. Bayangkan gambar sebelah ni dah Level 4 punya.. ahahaha..memang masa nie, aku yang bertopi biru tuh.. tercampak kat depan.. nasib baik tak cium batu kat depan tuh.. ;-p. Member yang kat depan tu, dah tenggelam habis dah, tapi keadaan terkawal dan kami selamat semuanya. Tak percaya??

Ni buktinya yang kami semua selamat. Heh, masa ni kami celebrate untuk jeram ni. Memang dahsyat sungguh jeram ni. Member aku ni kaki rafting, pada mulanya dia nampak biasa jer. Macam tak gembira dari jeram pertama, tapi bila lepas jeram ni, dia senyum tanda kepuasan. Aku pun rasa puas jugak masa ni. Bertopi biru tu aku la, dan depan aku tuh la yang aku cakap senior aku tuh. Leh pulak satu bot ngan aku. Depan n Belakang itu Guider atau dikenali sebagai Skipper. Orang asli kalau tak salah aku. Giliran kami pulak tunggu diorang semua turun dari jeram. Macam-macam gelak tawa masa tu. Seronok...

Dah settle semua dan tiada siapa yang mengelami tekanan hidup atau insiden yang tidak diingini berlaku. Sorakan-sorakan dari setiap raft membuatkan aktiviti ini lagi meriah dan bertenaga kembali. Sebenarnya, main benda ni letih tau. Walau reramai dok dalam raft tuh, ada yang mengelat tau. Macam dayung jer pendayung tu, padahal dayung tuh potong air. Aku perhati je masa tuh. Biasa ler, orang baru. hehehehe.. Bermula lah episod raft rangkut kat batu sebab air tak dalam, raft sangkut kat celah-celah batu sebab laskar-laskar raft lambat bertindak termasuk lah aku. hahahaha.. ada banyak command dari Skipper ni. Sekejap kami semua bergerak depan bot. Himpit beramai-ramai sebab nak bagi raft tu tak sangkut. Korang boleh bayangkan tak? Macam ni, dia sama je macam orang sumbat gol. Pastu player tu pergi hujung padang baring@meniarap dan yang lain semua dok lompat atas dia sambil terjun-terjun lagi. Memang yang bawah tu lemas. Memang kenkadang aku pun dok bawah, lemas di atas bot yang tiada air. Hahahahaha.. Ada jugak masa tuh aku terjatuh dari raft, sorang nak angkat aku(si Lan) tak dapat. Skipper belakang tolong angkat sekali pun tak ternaik jugak aku. Last2, 4 orang angkat aku. Hehehe.. masa tuh aku tergelincir jatuh. Biasa le tengah seronok.. hehehehe


Dan akhirnya,
Jeram terakhir mengumpul seribu satu kenangan manis untuk aku dan kengkawan lain yang dalam raft aku sekali. Kenapa? Lihat gambar di bawah.



Waktu ni, salah seorang kawan kami terjatuh dalam jeram ni. Nasib baik aku sempat pegang life jacket dia(masa tu, dia dah dalam jeram). Aku pegang kuat life jacket dia sambil tuh mintak tolong kat orang lain. Nasib baik si Lan amik tindakan yang cepat. Cuba bayangkan kami semua dalam raft, dia kat dalam air+batu+kene gelek ngan raft lagi.. hehehe.. Berdarah-darah ler jugak mamat ni, siap mengeletar lagi. Aku tanya kat dia, sakit ke?? ahahaha... dia jawab, sakit ler.. ahahaha.. no comment masa tu. Aku cuma bayangkan kalau aku berada tempat dia. Berapa orang nak angkat aku nanti? Hahahaha.. dah le waktu jeram lak tuh. Time raft bergerak laju.
Tapi, semua ok dan itu final jeram kami habislah sesi White Water Rafting kami. Tapi ada jugak yang tak nak turun raft tu. Nak main lagi, hehehehe.. aku pun sama. Ye la, first time main benda ni.

Kami semua naik darat tunggu pengangkutan datang untuk bawak kami ke tempat diorang. Sempat jugak la kami bergambat di kawasan perkampungan orang asli. Memang tempat asli kat sini.. yang aku rafting selepas ni pun tempat orang asli jugak, tapi biarlah aku citer ni kasi habis dulu.




Lepas tu, reramai naik lori balik semula ke tempat@ofis diorang. Sebaik je sampai, semua pergi mandi dan siapkan diri. Mandi semua stok lama-lama punya. Ya, sebab perlu mandi lama nak bagi otot-otot kasi rest dan kalau boleh kasi sejuk betul-betul sebab nak kurangkan minor injury(kalau ada). Lebih kurang macam Minor Heal. Dah settle semua, kami disajikan makanan yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Sorang-sorang pak lahap. Lapar brader... Dah habis makan, maka berakhirlah akhir aktiviti kami seperti yang terjadual dalam tentatif kami.
Masing-masing berangkat pulang dan aku tak lupakan peristiwa dan kenangan manis ni.

Nota : Masa ni la aku kenal Farid@Qristina, jumpa senior aku(shah), kenal johnny, kenal Lan Hadi, dan... aku tak ingat... hehe



Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ape nama tour guide rafting ni? ada laman web @ emel dia tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)