SEMUT CHARLIE


Mengenai Semut Charlie
  • Nama lain semut charlie ialah semut semai, semut kayap
  • Jika racunnya terkena pada kulit, kulit akan menjadi merah kehitaman, pedih, sakit dan gatal
  • Semut charlie sukakan cahaya lampu pada waktu malam dan akan pergi ke kawasan yang terdapat cahaya terang lampu.
  • Jika terkena racun pada kulit terus basuh dengan air dan seelok-eloknya mandi dan jangan garu di kawasan terkena bisa berkenaan.



Contoh jika terkena serangan dari semut Charlie



Semut charlie lazimnya boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang dan hutan, ia mempunyai toksin berbisa dipanggil pederin yang boleh menyebabkan kulit menjadi merah kehitaman, pedih, sakit dan gatal.

Walaupun hanya bersaiz kecil, namun serangga ini mampu memberi kesan yang teruk kepada manusia sekiranya terkena bisanya. Dalam badan kumbang ini tersimpan cecair hemolimf atau toksin yang disebut sebagai ‘pederin’ (C24H43O9N).

Toksin ini dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung (Cobra). Malah, kumbang ini walaupun setelah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih kekal beracun.

Toksin ini sekiranya terkena pada bahagian kulit tubuh badan manusia, akan menyebabkan ‘dermatitis linearis‘, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis‘.

Antara kesan setelah terkena toksin adalah apabila anda merasa gatal-gatal dan kulit anda berubah menjadi merah dan bernanah. Sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Untuk mengelakkan gangguan serangga ini, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil. Antaranya, tutup semua pintu dan tingkap serta matikan lampu apabila tidak digunakan.
Aerosol anti serangga, perangkap berpelekat dan kelambu nyamuk yang halus juga boleh digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)