Ride ke Penang


Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.
Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.

Jadi, bukan nak sembang Geografi kat sini. Kita nak sembang Ride kita ke Penang. Ipoh Mali Talak Sombong pergi ke Penang. Tiada perancangan. Rancang untuk pergi bila saja. Rancang nak ke mana masa kat Penang tu, takde.... HAHAHAHA..

Tarikh 1 MEI 2019 merupakan Hari Pekerja. Ramai jugak Geng Motor ride, selisih dekat highway tapi semua ke Selatan. Ada apa dekat selatan?? Ke Utara sedikit jer..


Rider-rider pada hari kejadian

Kebetulan geng ofis ada Kursus di Kelantan, so semua tunggu di ofis. Jadi meriah kejap.  Dan terima kasih Puan Suria sudi bergambar dengan kami sambil² hulur duit token. (bab ni tiada dalam Agenda.. rezeki)
Kehadiran Puan Suria Maimun, Alhamdulillah Puan Sponsor Makan Pagi dan Petang di Penang.

Pukul 8:30am, tayar golek terus ke Taiping. Sarapan pagi di area Padang Tupai. Apa nama kedai lupa dah!!! tapi ok la... mee kari konsep Ipoh bawak ke Utara. Kalau belah Taiping punya Mee Kari lain sikit..

Lepas makan pagi tu (guna duit token), tayar golek ke Penang terus susur ikut Jambatan Kedua. Kat sini lah macam² ragam.. yang mana kaki pulaiihh trottle sampai habis pun ada.. sabar je la..

Nak masuk Jambatan Kedua, masing²  confuse.. hahaha.. dari jalan kereta masuk jalan motor patah balik jalan kereta.. ikut jalan motor balik.. tapi ok la..

Yang tak OK!!! geng motor lain bergambar atas jambatan.. Bahaya brader.. tapi kalau dah geng motor, kami lalu jaa depa angkat tangan.. tanda minta maaf sebab amik gambar atas jambatan sebab view lawa. So, ok.. carry on.. tapi hati² la.

Keluar jambatan jer terus ke Batu Feringgi, dalam perjalanan hujan lebat. Dok bawah Fly-Over. Group kami terasing 2 fly-over. Ramai berhenti berteduh. Ada la dalam 40 minit lebih kurang.. Lepas tu berangkat terus ke Petronas Batu Feringgi.

Isi Minyak bagai, setting apa patut.. tandas ke apa.. pastu masing² rasa lapar. Nak makan tak tau dekat mana. Kebetulan ada Mamu baru lepas isi minyak.. tanya Mamu (motor Honda RS nampak macam rider jugak.. orang Penang) tanya dia tempat makan. Dia bagi cadangan depan Masjid Terapung.

Tanpa berlengah lagi, teruuihhh pi sana.. LAPARR!!!







dah settle makan semua, (jap... sedap beb.. murah lak tu...), kami singgah di Masjid Terapung. Memang banyak geng motor dalam kawasan masjid. Selesaikan apa patut..





ada la dalam Sejam lepak dekat masjid. Sakit punggung satu hal. hahahaha.. Dah ok, semua tanya nak pi mana. (dah dari tadi memang xde planning, bukan semua orang tahu jalan Penang pun). Mula ada cadang nak pi Padang Kota. Ada sorang kata tak setuju sebab ramai orang. Aku pun setuju jugak, rimas jugak tempat sesak-sesak ni. So, bagi cadangan turun ikut balik pulau. Perghhh layan lap.

jap jap... amik gambaq dulu dekat Hard Rock.



Gambar Empangan, sebelum empangan ni ada air terjun.


Gambar ni part best, pi hambat depa patah balik amik gambaq kat sini.


Lepak makan dekat Pencawang TNB sebelum susur keluar Jambatan Kedua.

Selesai sudah semua, kami bertolak dalam pukul 6:30pm ke Ipoh. dan Semua selamat sampai dalam sekitar jam 8:30pm di rumah masing².

Enjoy the Ride, Ride yang takde planning tapi best. Lepas ni jangan buat gila dah oiii... kereta senang sikit pakai GPS. Motor takde pengalaman lagi. Soket USB Charge pun tak install.. pasni terus setup laa itu USB dan phone holder.

Comments

  1. Ada tempat lain lak nak gi lepasni.. Teluk senangin amacam...

    ReplyDelete
  2. Tengah planning.. nnt kita setting mcm mana..

    ReplyDelete
  3. Lepasni sebelum convoi kena setup dulu apa yang patut baru best. Perjalanan pun smooth je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi lagi kalau nak ride jauh2, nak kena pasang phone holder tu senang nak tengok GPS.

      Delete
    2. Selalunya kalau nak pergi ride tukar minyak hitam dulu atau kemudian? Teringin nak join kawan2 ride jugak nanti

      Delete
    3. Kena tukar minyak hitam dulu baru smooth nak bawak ride.

      Delete
    4. @ Rohani betul tu. Memang kena pasang phone holder. Takkan Kita nak ride sambil pegang phone pulak.

      Delete
    5. Kena servis dulu lah ya sebelum ride tu so nanti takjadi apa2 masalah dalam perjalanan.

      Delete
  4. @aleep boleh suggest kan ke minyak hitam apa best kalau untuk ride ni? Sebab banyak brand kat pasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh jangan Cari yang murah sangat macsm rm30 kebawah macam tu sebab tak tahan lama

      Delete
    2. @AZ sy suggest Shell adv power.mmg elok untuk enjin,enjin tahan lagi lama.sbb dia bersihkan deposit2 dlm enjin tu sekali.sy tukar asap pon dah xde bau kuat sangat mcm sblom ni.harga pun bru 55rgt

      Delete
  5. Selalu org pakai brand yang terkenal and dah lama dalam pasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,mcm shell la,mmg dah ada nama dan luar dlm negara pon org dah kenal.lagipun rmai org pilih ni sbb kualiti tu.feedback byk bgus2

      Delete
  6. wow, kami kat sini pun dah lama x ride.. ada yg dah pencen pun…

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

PENUNGGU ISTANA

Mushaf paling pelik - mengait huruf Al Quran selama 31 tahun

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

SATU MALAYSIA - Amp All Star 2010 (LIRIK@LYRIC)