Posts

Showing posts with the label Diari

Perkahwinan Sepupu ku - Raisah

Image
Salam semua, ok.. sebelum kenduri sepupu ku si Shaz tu, ada lagi satu sepupu aku kahwin. Kenduri dia pada bulan Mac hari tu. Kami menginap di Hotel Royal Chulan Damansara. Hotel dia best, of course laa sebab pool dia. Bukan nya sebab pool dia sempoi ka apa, sebab anak2 nak pool. Jadi, mana2 hotel ada pool, akan aku kata sempoi. Kalau xde, habis la telinga aku dok terdengar bunyi bunyi merajuk dari anak-anak. 😅😅 Haa.. cerita sebelum sampai ke hotel ni agak mengerikan. Dalam perjalanan sebelum sampai ke hotel, lebih kurang 30km je nak sampai, baru teringat air panas water filter dah tutup ke belum. Aduhhh, teragak-agak nak patah balik. kalau patah balik, nanti lambat check in hotel. Penyudahnya, check in hotel dulu, hantar semua masuk bilik kemudian aku berangkat balik ke Ipoh malam tu jugak. Giler weii air panas tak tutup!!! Dah sampai rumah, tutup semua suis, patah balik ke Damansara malam tu jugak.. 😅😅 Letih?? memang letih. Esok nya, kami berjalan ke The Curve. Apa yang best kat

Perkahwinan Sepupu ku - Syaz shaz ??

Image
Ni sepupu ku, Nama Shazlin.. aku tak tau laa ejaan betui dia macam mana. Kahwin Jumaat minggu lepas. Area kenduri di di kawasan De’Kenduri. Korang boleh waze ke tempat tu. Aku terpaksa amik cuti Jumaat tu sebab nak datang kenduri dia ni. Tapi hari tu laa jugak kebanyakkan sekolah tadika akan buat majlis raya sebab nak habis bulan dah. Kat ofis aku pun ada buat PotLuck. Alang2, aku hantar anak aku ke tadika n sekolah, aku datang ofis kejap hantar potluck aku.  Aku buat Mee Sanggul ja. Mee sanggul Brand Azman. Mee nie memang sedap cakap hang!!! jap aku bagi gambaq dia sat. Aku masak dua bungkus mee ni. 1 bungkus pun dah boleh 5 orang makan. Masak ala kadar je la (bahan dia udang sekilo RM35 & Sotong 500grams).  Dapat pujian. Alhamdulillah, licin.. aku paling lambat sampai tapi mee aku tak sampai 5 minit, licin. Senang kerja nak basuh tupperware.  Pastu settle semua, jam 1230pm, terus amik anak2 aku kat sekolah.  Dan bermulah perjalanan kami ke KL. Kami menginap di Ibis Hotel sebab na

Ride ke Penang

Image
Pulau Pinang merupakan negeri di  Malaysia . Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh  Selat Melaka   (lihat peta)  iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan  British  yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama  pokok pinang  ( areca catechu ). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang. Jadi, bukan nak sembang Geografi kat sini. Kita nak sembang Ride kita ke Penang. Ipoh Mali Talak Sombong pergi ke Penang. Tiada perancangan. Rancang untuk pergi bila saja. Rancang nak ke mana masa kat Penang tu, takde.... HAHAHAHA.. Tarikh 1 MEI 2019 merupakan Hari Pekerja. Ramai jugak Geng Motor ride, selisih dekat highway tapi semua ke Selatan. Ada apa dekat selatan?? Ke Utara sedikit jer.. Rider-rider pa

Pos Yum #NatureHunter

Image
Pos Yam@Yum, mana satu ejaan yang betul tak pasti. Tapi apa yang pasti adalah keindahan yang membuat semua terpesona sehingga malas rasanya nak buat aktiviti lain. Bukan sebab apa, masa sampai tu rasa letih sebab kena “hiking” sikit. Saya share gambar yer dan biarlah gambar ini berbicara. Isi Minyak SMART, last stesen minyak.. kalau tak isi.. pakat menolak semua.. Signage Trekking lebih kurang 200meter "SAHAJA" BBQ bersama Chief Chef AziziGoYehYeh dan anak buahnya Tugu Negara Versi Air Terjun Ni makan masa balik dari Pos Yum.