Posts

Showing posts with the label Diari

Bosan

Image
Ya, setelah 2 minggu bercuti - tatkala bosan menyelubungi aku. Akibat kecederaan yang aku alami, aku hanya mampu untuk berjalan keluar dan menghabiskan masa siang ku di kedai Basikal LeVelo bersama Che Din dan teman akrabnya Ah Fai. Dengan menonton aksi-aksi downhill yang tertera di kaca TV kedai ini, aku hampir boleh mengecam semua video tersebut. Memula rasa best tetapi lama-lama dah muak. Sudah 14 ratus kali pasang ulang dan ulang.. faham tak 14 ratus kali? Nak jadi American la.. 14 hundreds. :-P Bilalah tangan aku ni nak sembuh? Huaaaaaaa... Cuti panjang lagi ni.....

Kemalangan : Sliding Door

Image
Salam, Tujuan aku menulis ini adalah untuk peringatan kepada yang lain. Aku suka melihat gelagat anak-anak kecil dan kucing-kucing yang aktif di dalam rumah. Tatkala mereka ini bermain pasti mencuit hati dan salah satunya terlanggar sliding door. Gelagat tersebut membuatkan aku terhibur sehinggalah pada tarikh 29/05/2013, satu kemalangan telah berlaku atas diriku. Hmmmm.. terus aku teringat detik-detik anak kecil dan kucing tersebut. Insiden yang lebih kurang sama akan tetapi impaknya berbeza. Aku mengalami kecederaan yg begitu serius. Luka yang mengelar atas tangan aku ini hampir mengenai isi. Ku lihat putih isi seperti kapas pada permulaan dan beberapa ketika terus dilimpahi cecair berwarna merah kegelapan di tengah-tengah kelaran tersebut. Rakan-rakan seperjuanganku yang berada di sekitar tempat kejadian dengan automatik memberi bantuan kepadaku. Ada yang memberikan aku air manis untuk memberi tenaga kerana kehilangan darah. Ada juga yang memberikan aku minyak cap kapak supaya memb

Dive Trip : CSR Marin LHDNM

Image
Salam semua, Aku dengan rakan-rakan seperjuangan telah terpilih untuk membuat aktiviti sosial di Pulau Perhentian, Terengganu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menurunkan Tukun iaitu berbentuk seperti kon sebanyak 37 tukun. Tukun tersebut berfungsi sebagai perumah untuk tujuan pembiakan batu karang bagi memulihkan habitat alam laut dan ekosistem yang kini kian pupus. Doakan kami semoga berjaya menjalankan misi ini. Terima Kasih...

UAI

Image
Salam semua, Saya saja nak share gambar dengan UAI. Peristiwa ni terjadi dekat A&W Batu Buruk Kuala Terengganu. Kamera dia canggih baiiiii.... huk aallooorrhhh ..hahahahha.. sempat dia buat lawak lagi.. hahaha

::TIKA, tak boleh komen ENTRI awak::

Image
TIKA, saya dah cuba banyak kali dah sampai saya post maknanya saya gagal nak komen kat entri awak.. tak tau pasal ape.. :D

::Pengalaman League Of Legends :World Championship Games (WCG)::

Image

::Selamat Tinggal::

Image
SELAMAT TINGGAL!! Bukanlah kepada sesiapa pun yang nak diucapkan cuma kepada WIDGET yang suatu ketika dulu banyak membantu aku dalam dunia BLOG ini. Akan tetapi, aku sedari bahawa WIDGET ini tidak lagi berfungsi seperti dulu kala. So, keputusan aku... aku telah menetapkan pendirian aku untuk membuangnya. Selamat Tinggal MR LINKY.  Banyak JASA BELIAU KEPADA AKU . Dan aku telah membuat LINK-LINK atau dikenali sebagai EXCHANGE LINK ke blog-blog kegemaran aku untuk dilawati.  ANDA BERMINAT untuk EXCHANGE LINK ?? hehehe

::Liga GAGAK HITAM::

Image
Salam, Tujuan sebenar post ni bukan ditujukan kepada Gagak Hitam di dalam filem Gila-gila Remaja tetapi Gagak Hitam  yang dah tak remaja tetapi GILA tu masih ada lagi. HAHAHA..  Sempena Euro ni, kami sekawan... almaklumlah masing2 dah bekeluarga dan kerja masing2 jauh. Tak macam dulu kami selalu lepak2 (chewah.. macam ler aku selalu lepak ngan kome).. caranya, kami nak merapatkan silaturrahim yang telah lama tak terputus pun.. dengan cara ALAM MAYA. Maka terhasil lah liga Gagak Hitam ini. Aku sebagai pengganti WEDEX (black goat) telah berada di tangga hampir2 tercorot. Almaklumlah, RAYA TAHUN 2012 ni confirm jadi BAHAN GELAK NIE!!!! HAHAHA aku yang nombor 10 tu. habislah aku, masing2 Pheonix Bangkit dari Tido :D

EKSPIDISI GUNUNG KINABALU ( Aki Nabalu)

Image
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) tel

Dari Hati

Satu tips yang aku terima dari Blogger dalam TV tadi yang bernama Fatin Liyana, 'Tulis lah entri dari hati'. Akan aku gunakan tips itu selepas ini supaya blog aku ini diterima masyarakat tapi masalahnya, aku tak suka letak gambar dalam blog sebab akan menyeksakan para pembaca blog aku ni nak load gambar-gambar yang berfail besar. Confirm diorang akan tekan 'Back' atau 'Close'; yang button X tu. :D Aku pun sudah jadi macam FINAS buat tapisan entri-entri yang terdahulu dan delete yang tak perlu. Entri yang kurang ilmu aku delete terus. Takde maknanya nak simpan. :D. So, nantilah kemunculan entri-entri dari hatiku ini. ADIOSSS!!!

SCAMMER - BUTTERFLYKISS AZIRA (Berhati-hatilah)

Image
Salam semua blogger, saya nak berkongsi pengalaman semasa saya hampir nak di 'scam' oleh minah nie. Ingatkan minah salleh ni minat kat saya(hahaha) tapi rupanya nak SCAM . Nama dia Butterflykiss Azira. Sekarang ni dia dah block saya di dalam Facebook. Mungkin dengan post ini dia akan tukar nama beliau, so berhati-hatilah.. AYAT DIA MEMANG CAIR BEB!!!! P/S : Kawan saya pun nak try dia jugak... ayat dia sama jer.. confirm scammer!!! :-D

BERPUAK DALAM KOMUNITI

Image
Salam,  Adalah perkara yang biasa apabila penulis blog tu adalah insan yg tak berapa "PRO"(termasuklah aku) dalam blogging dan memang tidak dinafikan memang ada bermacam-macam jenis blogger di alam cyber ni. Ada yang macam journalist, ada yang macam kindergarden pun ada walhal umur dah tua(ngahahah), ada yang serius, dan macam-macam lagi tapi itu adalah kaedah masing-masing untuk menarik customer.  CHEEWAHHH!!! Tapi tu ler, bila dah ada komuniti masing-masing akan terjadinya puak-puak batu api, hasat dengki.. ngahahahaha Bab ni confirm akan pilih kawan. Kawan macam mana? hehehe, macam nie. Blogger-blogger ni akan memilih kawan yang ada ranking@popular tinggi dengan hasrat nak menumpang populariti. Tapi manusia kan insan yang lemah, bila dah rapat dengan TOP tu mula lah dah perasan diri tu hebat. Blogger macam aku ni tak berapa pandang ye. Lagi-lagi la bila aku dah delete WIDGET SHOUTBOX & CHATBOX!! HAHAHAHA.. Ala, korang tu setakat menumpang je, aku ni survive sendiri

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983..

MESTI KORANG INGAT NI.. Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker , Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lagi satu Gaban. Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan ... mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ? semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking

Selamat Tinggal CBOX n ShoutBox

Salam Blogger, Minta maaf ye semua. Saya terpaksa membuang Cbox dan Shoutbox kerana terlalu banyak Auto Blogwaker yang singgah di sini. Kalau nak jerit.. jerit la di komen entri saya yer.. THANKS!!!

1st Attempt KOIR 1 Malaysia - Lim Kok Wing

Salam 1 Malaysia, 1st try untuk lagu 1 Malaysia dari Lim Kok Wing. Boleh la... Cuma tak train betul-betul lagi. Sebenarnya kumpulan Koir nyanyikan lagu 1 Malaysia ni sempena lawatan CEO LHDNM di LHDNM Ipoh. Baru hari ni '1st practise' dan kebanyakannya ahli lama Koir nie. Ada la beberapa kerat ahli baru. Lebih kurang 8 orang kot, termasuklah aku. Ahahahaha XD.. Sama-sama kita lihat suara tunggang langgang nie..  SOPRANO = Octave 2-3.. giler tinggi tapi out of tune (jangan mare, XD) ALTO = OK, cuma nak polish sikit jer lagi TENOR = OK jugak, still nak polish jugak.. tapi keseluruhan OK BASS = OK, polish tetap polish.. Semua kene groom balik nie.. takpe.. TRAINING makes PERFECT AKU = yang main gitar tu, arrangement pun aku yang buat.. buat rock sikit sebab Lagu ni memang DRAMATIK.. Tahniah LIM KOK WING kerana hasilkan produk yang sebegini.

NASYID DI PEJABAT

Salam, Di sini saya saja jer nak post video masa kami buat Rehearsal untuk persembahan nasyid bagi Jamuan Hari Raya peringkat pejabat. Kira ni macam ada show live la masa jamuan tersebut. Aku yang bermain alatan percussion 'Djembe'. Sakit tangan tau masa ni. Video ni masa sambutan tahun 2010. ok, esok aku persembahan Nasyid kat ofis aku jugak sempena Maulidur Rasul. Latihan baru 2 hari. Last training petang tadi ok.. PERFECT. Esok??? Ahhhh... dah kul 2 pagi.. kul 9 pagi nak show... Oklah.. selamat malam dunia.. ZZZzzzZZZzzZZZzzz

DOTA - Perak Clan vs KL Clan vs LEGENDARY JB Clan

Image
DOTA merupakan MOBA Games yang diminati ramai terutama dia ASIA termasuklah di MALAYSIA dan juga termasuklah aku yang masih meminati game nie. Setelah season lepas, adalah waktu bagi Perak Clan dan JB Clan berehat panjang kerana mempunyai masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, Segala kesulitan adalah amat dikesali -> macam tulis memo daaaa. Tidak pula bagi KL Clan kerana mereka tetap terus bermain dan berlatih hingga ke tahap yang boleh dikatakan lebih atas dari LEGEND. Mahu taknya, game semalam membuktikan mereka dah tahap GABAN dah. Dah tak tau nak main macam mana. Hanya berserah pada takdir la.. pada masa tu la.. Hari ni, hampir semua Clan-clan telah mendengar Semboyan untuk berhimpun kembali seperti dahulu. Biasa la, nak beradu kekuatan sambil bersosial secara jarak jauh. Setting punya setting, switch dari 1.24b ke 1.24e akhirnya boleh la kita beradu kembali. Tetapi, tak disangka-sangka kawan kita ni sanggup berselindung di belakang nama Bekas LEJEN No Mercy ini.

GENG KEPAK AYAM

Image
dah lama dah aku nak post benda nie.. dari bulan puasa 2010.. tapi sekarang ni aku ada banyak masa untuk post gambar-gambar diorang.. RM1.30/pcs Kepak Ayam Madu Kerjasama yang erat semasa menjalankan perniagaan Antara coretan raut wajah SUKA dan DUKA

Pembedahan Peha Kananku

Image
Salam,  Di sini nak menceritakan detik2 masa aku nak melakukan pembedahan.. MRI Selepas Operation Sekian saja untuk kali ini.. Tarikh Peristiwa : 08/10/2010-09/10/2010

SHELL RM1.85/100 gram

Image
Salam 1 Malaysia, 1 Blogger.. Di sini bukan saya nak ceritakan minyak Shell di Malaysia mahupun di luar negara. Memang kita tahu memang shell adalah minyak yang terbaik di dunia. Dan sememangnya dari Logo Shell tersebut mesti korang semua ingat Kerang seperti gambar ini.. Ya!!! Aku pun ingat memula Shell adalah Kerang seperti di atas ini tetapi aku SALAH!!! Sebenarnya, inilah Shell yang sebenar!! Sekian saja dari aku.. p/s : Gambar ini diambil di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu..