Posts

Showing posts with the label MalaysiaKITA

MERDEKA - Asal Usul Nama Malaysia (Malingsialan) - Apa nak jadi orang2 Indonesia nie!!!

Salam 1 Malaysia, 1 Blogger... Di sini, walaupun hari ini kita merdeka akan tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dengan negara kita terutamanya Indonesia. Jam menunjukkan waktu 2.00 am 31 Ogos 2010 dan aku berada di rumah makcik aku di Cheras.. al-maklumlah baru balik dari Terengganu.. letih travel jejauh nie. Jadi, aku pun takde la nak keluar pergi sambut merdeka malam ni.. macam biasa orang selalu buat.. ape org cakap tu.. 10 saat COUNTDOWN(memang best kira waktu nie). Letih sangat.. jadi aku pun cuba cari nama asal Malaysia.. entah kenapa tetiba aku nak surf perkataan tu. Masa belajar Form 3 dulu, cikgu sejarah aku ada cakap.. memula Malaysia nak letak nama Malaycia, Malay, Chinese, Indians, A = aku tak ingat.. hehehe.. Tetiba je aku terjumpa website ni.. aku jadi panas seketika.. bukannya ape.. tolong la orang2 Indonesia ni respect sikit kat negara kita.. Kita ni satu SEA(South East Asia).. ape2 pun kita tolong menolong antara satu sama lain.. aku bagi LINK ni nanti korang b

IKAN MENYUSU

Image
Best nya.. Comelkan.. tapi di Malaysia, masih ada lagi yang sanggup buang manusia..

Bonus RM500 untuk Kakitangan Awam dan Pesara (Saguhati Duit Raya 2010)

Bonus RM500 untuk Kakitangan Awam dan Pesara 2010 (Duit Raya). Itulah tajuk saya untuk kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan kerana memberi saguhati kepada kakitangan awam dan juga pesara. Itulah berita yang saya dapat from  berita harian  dan  bernama . Bonus ini adalah bagi pekerja sektor awam yang gred 1 hingga 54 dan yang telah pencen. Ianya akan dibayar sebelum hari raya aidilfitri nanti. Semoga dengan pemberian sebanyak RM500 ini dapatlah kiranya mengurangkan beban mereka dan memeriahkan persediaan sambutan raya yang akan menjelma tidak lama lagi.

MASITAH ZAINI Facebook - Being BUGGED??

Apa komen anda semua? Kami mengharapkan agar saudari Masitah kembalilah ke pangkal jalan Islam. Janganlah menghancurkan harapan keluarga saudari..

Kuasa CINTA Seorang Perempuan

Image
Nama mangsa : Mohd Faizal bin Abd Aziz Umur             :  25 thn Alamat           : Taman Ria Sg Petani Dokuman peribadi : tiada (maklumat awal pengecaman daripada kenalan mangsa) Sebab kematian   : kecederaan parah. motif kematian   ; disyaki bunuh diri ( putus cinta ) siasatan lanjut oleh pihak polis sm eong ipd perda PB Basri Tuan, Pada jam 0655 terima panggilan telefon dari En. R Muniandy - 224857 maklumkan terjumpa mayat putus dua dari bahagian pinggang ke bawah di tepi landasan KM 12.25 sebelah kanan arah Stn. Bt. Mertajam(BM - Spg. Ampat) disyaki di langgar tren(dlm siasatan). Jam 0657 maklumkan kepada kontrol bertugas. Jam 0700 hubungi Polis Bantuan B'worth En. Sharidan untuk tindakan lanjut. Jam 0730 Polis Bantuan En.Basri tiba tempat kejadian dan menjumpai sebahagian lagi mayat antara pinggang keatas diatas landasan berhampiran KM 11.75 (telah dialihkan ke tepi landasan). Jarak diantara dua bahagian mayat lebih dari 100 meter. Jam 0810 anggota Pol

SOGO Harga Melampau

Image
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label. MUKADIMAH: JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.  Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai 'duri dalam daging' terhadap masyarakat di negara ini.  PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20 .  Ironinya,

PERHATIAN - LOVE Letter NUFFNANG

* Tolong jangan inform bahawa kita telah klik iklan dalam CBOX atau Shoutmix yang ada dalam blog ini dan blog yang kita lawati kerana ia satu kesalahan. Cukuplah sekadar menulis nota 'salam' tanda lawatan/kunjungan. Ikhlas itukan lebih baik . Dear Nuffnangers, As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads. It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our   Terms & Conditions   under Section 6. Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning ext

SALLEH GREGOR SAMSA - pertikaikan PUASA.

Image
Salam semua, aku menulis tentang beliau walaupun terasa info sudah berlalu.. tetapi ramai yang tak berpuas hati sbb gambar ni kecil susah nak baca.. so, aku perbesarkan gambar nie.. p/s : kepada SALLEH, boleh pikir ke tak? Buat pengampunan pastu bayar kat hang.. then suruh orang tu bunuh diri.. kenapa hang tak bunuh diri sekali duit yang org bayar tu, kalau terasa nak bunuh diri.. meh bagi kat aku... ahahahaha Click to View

HONDA TAK GUNA!!!

Image
PETALING JAYA: How far will you go to get your car fixed? In these day of light-speed emails, instant messages and cellphones, an irate car-owner decided to adopt an old-school method of seeking redress — by placing stickers all over his problematic car.  And the message on the stickers read: "My Honda Tak Guna" (My Useless Honda).  Click to View To make sure he got the full attention of the car manufacturer, this sticker-adorned vehicle was parked outside the Honda Malaysia sales and service office here in Section 13 — much to the amusement of many pedestrians and motorists.  As to why he had resorted to such measures, events executive Jess Ross said his car brakes kept failing despite several repairs.  "Three months after buying the car, the rear brakes started giving way.After having these replaced by Honda, the same problem occurred three months later with the brakes giving way in the middle of the road.  "Luckily, I wasn't hit by another car when

GAGASAN 1MALAYSIA vs MALAYSIAN MALAYSIA

PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA Berpandukan    definisi    yang    dinyatakan, Gagasan 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut: 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia. Perpaduan      yang      digambarkan      oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasiona

Maksud "Rakyat Didahulukan"

di sini ada saya lampirkan maksud "Rakyat didahulukan".. ini disebabkan masih ramai di luar sana keliru akan maksud ini : Maksud    Rakyat    Didahulukan    dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah : Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mengurangkan kadar jenayah. Memerangi rasuah. Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah. Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman. Menambah baik pengangkutan awam. Sementara   bagi   maksud   Pencapaian Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

LOGIN WANG

Image
Apa itu login wang? Login wang lebih kurang sistem tajaan seperti MLM. Aku pun kurang pasti sistem ni. Tapi aku dah daftar. Sebabnya, bila sampai target, kita boleh redeem seperti iPhone, Laptop, Desktop, dan sebagainya. Korang cubalah. LOGINWANG.COM

Sulalatus Salatin

Image
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu . Ketika Feringgi ( Portugis ) menakluk Melaka , salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada tahun 1528. Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India , manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi . Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India , pastiny

Hikayat Hang Tuah

Image
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang ganas semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1] Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahi

Batu Bersurat Terengganu

Image
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Sejarah Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu . Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri . Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun , N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat

PENGENALAN

Hikayat merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.

Misteri Ikan Tapah

Image
Misteri Ikan Tapah Ingatkah lagi anda kepada cerita Tuk Kaduk? Tuk Kaduk, lagenda humor tempatan. Di mana Tuk Kaduk, seorang pemimpin politik yang gemar bertaruh dalam perlawanan melaga/sabung ayam. Beliau sanggup mempertaruhkan kawasan jajahannya kepada Raja. Malah, sanggup bertukar ayam dengan lawannya sendiri. Kesudahannya, Tuk Kaduk "menang sorak, tapi kampung tergadai". Pernahkah anda terfikir apa kesudahan cerita tersebut? Yup, selepas Tuk Kaduk tu kalah dan tergadai kampung halaman, dia terus masuk dalam hutan dengan rasa kecewa yang teramat. Kini Tuk Kaduk sudah papa kedana dan juga kelaparan. Apakan daya, sudah kalah bertaruh. Akhirnya, Pak Kaduk tertidur dalam keadaan lapar. Tiba-tiba, Tuk Kaduk dikejutkan oleh seekor makhluk berbulu. Apabila Tuk Kaduk terjaga, beliau mendapati makhluk berbulu itu adalah seekor kucing hitam yang sangat comel. Kucing itu seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada Tuk Kaduk. Lalu beliau mengekori kucing itu. Kucing hitam yan