Posts

Yahudi & Israel : Siapakah mereka ini?

Image
Yahudi....Israel..... Saban hari kita kerap mendengar nama ini dikumandangkan,menceritakan kekejaman dan kebengisan yang dilakukan mereka,siapakah mereka dan sejarah mereka. MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL. 1. YAHUDI Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat. 2. IBRAN Adapun makna kalimah Ibrani ia

MOBA

What is a MOBA , or M ultiplayer O nline B attle A rena, and what sets it apart from the RTS, RPG, FPS, and MMORPG genres? This article examines what elements from each game type come together to create this revolutionary game genre. What Is a MOBA? People fling around the term MOBA when referring to a genre of games popularized by the ever-popular Defense of the Ancients Warcraft 3 mod. But the genre has been around longer and spans far more games than DOTA. Exactly what defines a game to place it into the “Multiplayer Online Battle Arena” category? Debates about this subject are held daily, but there are a few main points almost everyone can agree on. In a typical MOBA, the player controls only one unit or hero character much like a MMORPG or RPG. It may have some sort of summoning skill to break this rule and offer control to another unit or two but in general the player is only in control of his or her one heroic unit. These hero characters can level up, gain new abilities and sk

Sulalatus Salatin

Image
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu . Ketika Feringgi ( Portugis ) menakluk Melaka , salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada tahun 1528. Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India , manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi . Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India , pastiny

Hikayat Hang Tuah

Image
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang ganas semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1] Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahi

Batu Bersurat Terengganu

Image
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Sejarah Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu . Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri . Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun , N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat

PENGENALAN

Hikayat merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.

Misteri Ikan Tapah

Image
Misteri Ikan Tapah Ingatkah lagi anda kepada cerita Tuk Kaduk? Tuk Kaduk, lagenda humor tempatan. Di mana Tuk Kaduk, seorang pemimpin politik yang gemar bertaruh dalam perlawanan melaga/sabung ayam. Beliau sanggup mempertaruhkan kawasan jajahannya kepada Raja. Malah, sanggup bertukar ayam dengan lawannya sendiri. Kesudahannya, Tuk Kaduk "menang sorak, tapi kampung tergadai". Pernahkah anda terfikir apa kesudahan cerita tersebut? Yup, selepas Tuk Kaduk tu kalah dan tergadai kampung halaman, dia terus masuk dalam hutan dengan rasa kecewa yang teramat. Kini Tuk Kaduk sudah papa kedana dan juga kelaparan. Apakan daya, sudah kalah bertaruh. Akhirnya, Pak Kaduk tertidur dalam keadaan lapar. Tiba-tiba, Tuk Kaduk dikejutkan oleh seekor makhluk berbulu. Apabila Tuk Kaduk terjaga, beliau mendapati makhluk berbulu itu adalah seekor kucing hitam yang sangat comel. Kucing itu seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada Tuk Kaduk. Lalu beliau mengekori kucing itu. Kucing hitam yan