Posts

Bermacam pantang larang sebab LAKSA. Apa Salah LAKSA sebenarnya?

Image
Mari kita lihat dari perspective Sains Makanan. Ikan selayang sering digunakan sebagai bahan utama dalam kuah Laksa. Ikan Selayang antara ikan yang tinggi kandungan asid amino Histidine. Histidine (non toxic) akan ditukar kepada Histamine (toxic) oleh bakteria (Histamine producing bacteria - HPB). Histamine poisoning atau Scombroid poisoning boleh terjadi jika makan ikan tersebut. Simptom seperti kulit merah & panas, berdebar-debar, sakit kepala, loya, cirit-birit, rasa cemas, badan rasa tidak selesa, dan lain-lain. Simptom berbeza setiap individu bergantung pada tahap sensitiviti individu itu sendiri terhadap histamine dan kuantiti yang telah dimakan. Jika ikan disimpan pada suhu bawah 15C sejurus selepas ditangkap sehingga ikan dimasak, Histamine poisoning dapat dielakkan. Memasak hanya boleh memusnahkan bakteria yang menghasilkan histamine, tetapi tidak akan memusnahkan kandungan histamine yang ada dalam ikan. Jadi pelik kah kalau ada orang yang badan rasa tidak seles

PERHATIAN - DYXY LULUS UJIAN MAKMAL [SIRIM]

Image
. . Rupanya masih ramai dikalangan pengguna DYXY belum tahu tentang Ujian Makmal Yang dijalankan Oleh SIRIM ke atas Produk DYXY Cosmetics . . DYXY Cosmetics telah menghantar beberapa sampel yang diambil secara rawak kepada pihak SIRIM untuk dijalankan Ujian Makmal : 1⃣Microbiology Test 2⃣Heavy Metal Test 3⃣Skin Irritation Test 4⃣Eye Irritation Test . . Alhamdulillah kesemua Ujian yang dijalankan oleh SIRIM ke atas BC Cream Foundation DYXY mendapati : 1⃣Tiada Bendasing Di Dalam Produk 2⃣Tiada Bahan Merbahaya 3⃣Tidak Menyebabkan iritasi pada kulit 4⃣Tidak Menyebabkan iritasi pada mata . . Jadi, Gunalah DYXY tanpa was-was 😁 . .

Kod Negeri Kad Pengenalan

Image
Johor 01, 21, 22, 23, 24  Kedah  02, 25, 26, 27  Kelantan 03, 28, 29  Melaka 04, 30  Negeri Sembilan 05, 31, 59  Pahang 06, 32, 33  Pulau Pinang 07, 34, 35  Perak 08, 36, 37, 38 , 39  Perlis 09, 40  Selangor 10, 41, 42, 43, 44 Terengganu 11, 45, 46  Sabah 12, 47, 48, 49  Sarawak 13, 50, 51, 52, 53 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 14, 54, 55, 56, 57  Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58  Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16  Negeri Tidak Diketahui 82

Misteri Sulur Bidar

Image
Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding  Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai. Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari. kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesu

Perginya Permata Irama Malaysia

Image
CINDAI . Sepotong judul lagu yang bukan sahaja ringkas sebutannya, malah turut mempunyai makna yang sangat mendalam. Membawa maksud kain sutera dengan corak berbunga-bunga, barangkali itu metafora yang cuba disampaikan oleh Pak Ngah sewaktu menggarap lagu berentak Irama Malaysia yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sekitar 21 tahun lalu. Selain melodi dan lirik yang memberikan impak luar biasa dalam kalangan pendengar, suara emas Siti juga menjadi pemanis buat lagu berkenaan, sehingga menjulang karya agung itu sebagai lagu terbaik pada  Anugerah Juara Lagu  ke-13 . Dalam satu temu bual beberapa tahun lalu, Pak Ngah mengakui, lagu beliau sebenarnya sudah popular apabila lagu hari raya bertajuk  Nostalgia Aidilfitri  nyanyian Allahyarham Sharifah Aini diminati, namun pada masa itu, nama Pak Ngah belum dikenali ramai. Katanya, album Ala Dondang milik Noraniza Idris dan Cindai yang dibikin khusus buat Siti adalah peluru yang telah meledakkan namanya dalam persa

Pos Yum #NatureHunter

Image
Pos Yam@Yum, mana satu ejaan yang betul tak pasti. Tapi apa yang pasti adalah keindahan yang membuat semua terpesona sehingga malas rasanya nak buat aktiviti lain. Bukan sebab apa, masa sampai tu rasa letih sebab kena “hiking” sikit. Saya share gambar yer dan biarlah gambar ini berbicara. Isi Minyak SMART, last stesen minyak.. kalau tak isi.. pakat menolak semua.. Signage Trekking lebih kurang 200meter "SAHAJA" BBQ bersama Chief Chef AziziGoYehYeh dan anak buahnya Tugu Negara Versi Air Terjun Ni makan masa balik dari Pos Yum. 

P.Ramlee - Dendang Perantau

Image
Intro : Am / G / Am  (2x) Am Di hari raya G Terkenang daku kepada si dia F Kampungku indah nun jauh di sana E Ayah serta bondaku Dm Di tepian mandi G                         C Danauku hijau yang aman damai selalu F                               Dm Nun di sanalah tempat aku bertemu E             Am Aku dan dia (Chorus) : E       F Apakan daya E Masa tak akan kembali F       G       F       F - G - F - E Hancur musnahlah semuanya Dm Impian yang murni G                         C Tinggal menjadi kenang-kenanganku F                         Dm Hanya rangkaian kata dan lagu E             Am Dendang perantau Ulang dari chorus