Posts

Showing posts from February, 2011

KATA MAHATHIR : NIK AZIZ DAN KWAN YEW

Image
1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka. 2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dal

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Image
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata. Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT : يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَ

ORANG ASLI BELAJAR CAKAP MELAYU

Dr.Kadir seorang botanis telah menghabiskan masanya bertahun-tahun dalam hutan Borneo. Kerana terlalu lama bersama Orang Asli, dia mula fasih akan bahasa mereka.  Sebelum berangkat pulang ke bandar, Dr. Kadir didatangi oleh ketua Orang Asli yang ingin belajar bahasa Melayu.   Sambil berjalan botanis itu mula mengajar. Jarinya menunjuk kepada sepohon pokok. "Ini pokok," kata Dr Kadir. "Pokok,"ikut Ketua Orang Asli. Kemudian mereka berdua berjalan menuju ke arah batu besar di sebelah pokok itu. "Ini batu." "Batu,"kata ketua Orang Asli. Tiba-tiba...   mereka terdengar bunyi benda bergerak dari dalam semak berhampiran.  Mereka berdua menghampirinya dan ternampak sepasang anak muda sedang menunggang basikal. "Menunggang basikal,"kata Dr. Kadir menunjuk ke arah pasangan itu. Lalu ketua Orang Asli mengangkat senapangnya dan menembak pasangan itu. Melihat kejadian itu, Dr Kadir terkejut. Tidak pernah dalam hidupnya menyaksikan perl

CARA BALING BOM

Suatu hari seorang lelaki terjumpa sebutir bom dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping... 1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan. "Ya, aku pegang dengan tangan kiri," kata lelaki tersebut. 2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi. "Okey," kata lelaki tersebut. 3. Tarik pin dengan berhati-hati. "Sudah," kata lelaki tersebut lalu menarik pin. 4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda. Okey. 5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini. Okey. 6. Amaran: Lakukan semua ini dalam masa lima sa... BBOOMMMMM!!!!

GENG KEPAK AYAM

Image
dah lama dah aku nak post benda nie.. dari bulan puasa 2010.. tapi sekarang ni aku ada banyak masa untuk post gambar-gambar diorang.. RM1.30/pcs Kepak Ayam Madu Kerjasama yang erat semasa menjalankan perniagaan Antara coretan raut wajah SUKA dan DUKA

BACA DAN FAHAM - APA YAHUDI BUAT UNTUK KITA UMAT ISLAM.

SALAM SEMUA Ia adalah bertepatan dengan Hadith Rasullulah s.a.w : marhumnya : " berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil " 1-      kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 2-      kita diajar dalam sains bahawa kopi

RACHEL CORRIE

Image
Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie  yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza... Ni cerita asal usul nama kapal berkenaan.... Perjuangan Sedunia untuk Palestin Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement). Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza. Kapal itu dinamakan Rachel Corrie. Siapakah Rachel Corrie? Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).  Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza. Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi

RAHSIA DINAR IRAQ YANG PERLU ANDA TAHU

S ebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar ( USD 3.22 = IQD 1.00). Ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada. Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia. Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Dunia meletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49. Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini! Jika anda membuat kajian, anda akan dapati setiap kali konflik besar akan dituruti oleh kejatuhan matawang sesebuah negara. Matawang juga akan kembali melonjak apabila negara itu bangun dari kehancuran akibat peperangan. Hari ini Iraq sedang aktif membi