Posts

Showing posts from April, 2011

BAHAYA ROKOK e-CIGARETTE

Image
PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawarkan campuran cecair nikotin, perisa dan bahan-bahan kimia lain tanpa asap ini terbukti tidak 100 peratus selamat. Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol. SEBANYAK 19 variasi rokok elektrolik telah diuji dan didapati tidak selamat. Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik. Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini. Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa sep