Posts

Showing posts from January, 2012

Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi

Image
Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yang TIDAK JELAS 1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi. 2. Melepaskan BATUK di tangga. Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah 1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. 2. Melepaskan BATOK di tangga. Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan.  Selain itu, ada berbagai bentuk yang diperbuat daripada batok. Antaranya ialah Gelas Batok, Cangkir Batok(cawan), pinggan, sudu dan macam-macam lagi. SOTO BATOK (Nyam nyam... ;P) Gelas Batok "Melepaskan batok di tangga" bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jal