Posts

1st Attempt KOIR 1 Malaysia - Lim Kok Wing

Salam 1 Malaysia, 1st try untuk lagu 1 Malaysia dari Lim Kok Wing. Boleh la... Cuma tak train betul-betul lagi. Sebenarnya kumpulan Koir nyanyikan lagu 1 Malaysia ni sempena lawatan CEO LHDNM di LHDNM Ipoh. Baru hari ni '1st practise' dan kebanyakannya ahli lama Koir nie. Ada la beberapa kerat ahli baru. Lebih kurang 8 orang kot, termasuklah aku. Ahahahaha XD.. Sama-sama kita lihat suara tunggang langgang nie..  SOPRANO = Octave 2-3.. giler tinggi tapi out of tune (jangan mare, XD) ALTO = OK, cuma nak polish sikit jer lagi TENOR = OK jugak, still nak polish jugak.. tapi keseluruhan OK BASS = OK, polish tetap polish.. Semua kene groom balik nie.. takpe.. TRAINING makes PERFECT AKU = yang main gitar tu, arrangement pun aku yang buat.. buat rock sikit sebab Lagu ni memang DRAMATIK.. Tahniah LIM KOK WING kerana hasilkan produk yang sebegini.

NASYID DI PEJABAT

Salam, Di sini saya saja jer nak post video masa kami buat Rehearsal untuk persembahan nasyid bagi Jamuan Hari Raya peringkat pejabat. Kira ni macam ada show live la masa jamuan tersebut. Aku yang bermain alatan percussion 'Djembe'. Sakit tangan tau masa ni. Video ni masa sambutan tahun 2010. ok, esok aku persembahan Nasyid kat ofis aku jugak sempena Maulidur Rasul. Latihan baru 2 hari. Last training petang tadi ok.. PERFECT. Esok??? Ahhhh... dah kul 2 pagi.. kul 9 pagi nak show... Oklah.. selamat malam dunia.. ZZZzzzZZZzzZZZzzz

PENGKID / TOMBOY BUNUH KUCING DI SERDANG

Kepada yang tidak gemar kepada kucing, janganlah melakukan seperti di atas. Aku memang benci orang yang macam ni. Kucing tu pun makhluk Allah SWT dan juga binatang kesayang nabi kita. Diharap pihak yang tertentu boleh bertanggungjawab untuk mengenakan tindakan undang-undang kat minah ni. DARAH MESTI DIBALAS DENGAN DARAH!!!!!!!!!!

DOTA - Perak Clan vs KL Clan vs LEGENDARY JB Clan

Image
DOTA merupakan MOBA Games yang diminati ramai terutama dia ASIA termasuklah di MALAYSIA dan juga termasuklah aku yang masih meminati game nie. Setelah season lepas, adalah waktu bagi Perak Clan dan JB Clan berehat panjang kerana mempunyai masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, Segala kesulitan adalah amat dikesali -> macam tulis memo daaaa. Tidak pula bagi KL Clan kerana mereka tetap terus bermain dan berlatih hingga ke tahap yang boleh dikatakan lebih atas dari LEGEND. Mahu taknya, game semalam membuktikan mereka dah tahap GABAN dah. Dah tak tau nak main macam mana. Hanya berserah pada takdir la.. pada masa tu la.. Hari ni, hampir semua Clan-clan telah mendengar Semboyan untuk berhimpun kembali seperti dahulu. Biasa la, nak beradu kekuatan sambil bersosial secara jarak jauh. Setting punya setting, switch dari 1.24b ke 1.24e akhirnya boleh la kita beradu kembali. Tetapi, tak disangka-sangka kawan kita ni sanggup berselindung di belakang nama Bekas LEJEN No Mercy ini.

Cara-cara Menulis Surat Permohonan Pekerjaan XD

Image
Kepada sesiapa yang pernah memohon pekerjaan tetapi tiada respone dari Syarikat tersebut bolehlah menggunakan idea dan format ini sebagai rujukan. Kebarangkalian akan dapat.... XD

KATA MAHATHIR : NIK AZIZ DAN KWAN YEW

Image
1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka. 2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dal

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Image
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata. Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT : يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَ