Kemalangan : Sliding Door
Salam, Tujuan aku menulis ini adalah untuk peringatan kepada yang lain. Aku suka melihat gelagat anak-anak kecil dan kucing-kucing yang aktif di dalam rumah. Tatkala mereka ini bermain pasti mencuit hati dan salah satunya terlanggar sliding door. Gelagat tersebut membuatkan aku terhibur sehinggalah pada tarikh 29/05/2013, satu kemalangan telah berlaku atas diriku. Hmmmm.. terus aku teringat detik-detik anak kecil dan kucing tersebut. Insiden yang lebih kurang sama akan tetapi impaknya berbeza. Aku mengalami kecederaan yg begitu serius. Luka yang mengelar atas tangan aku ini hampir mengenai isi. Ku lihat putih isi seperti kapas pada permulaan dan beberapa ketika terus dilimpahi cecair berwarna merah kegelapan di tengah-tengah kelaran tersebut. Rakan-rakan seperjuanganku yang berada di sekitar tempat kejadian dengan automatik memberi bantuan kepadaku. Ada yang memberikan aku air manis untuk memberi tenaga kerana kehilangan darah. Ada juga yang memberikan aku minyak cap kapak supaya memb