Sebat: Penafsiran Agama Yang Sempit?
1. Telah kita bincangkan semalam bahawa asas perlaksanaan hukuman sebatan di hadapan khalayak adalah seperti yang disarankan di dalam al-Quran sendiri. Setiap sarjana Muslim mungkin mempunyai pandangan dan penafsiran yang berbeza, namun melemparkan perkataan "sempit" pada pengendali sebuah institusi perundangan adalah tidak wajar. 2. Saranan supaya perlaksanaan hukuman ini disaksikan oleh khalayak adalah berasaskan daripada al-Quran sendiri. Firman Allah: وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ Maksudnya: "...maka hendaklah sekelompok manusia dari kalangan orang beriman menyaksikan hukuman keduanya (penzina lelaki dan perempuan)." (Surah al-Nur: 2) 3. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Asyur menjelaskan bahawa arahan bagi sebahagian mukminin menyaksikan hukuman ini adalah bagi menimbulkan rasa takut untuk melakukan kesalahan. Ini sekaligus menghidupkan rasa bimbang untuk melakukan dosa dan menjauhkan diri dari mendekati perlakuan mungkar. Ia