Salam semua kepada my fellowship, Pada hari Sabtu 20 Feb 2010, aku ke KL dengan bakal isteri aku. Tujuan ke sana nak amik barang adik dia yang belajar kat UIA Asasi di.. di mana ek? Aku pun tak ingat.. Petaling Jaya kot.. ermm maybe. Tak biasa dengan area KL. Di samping itu, tujuan aku ke sana juga untuk mengedarkan Kad Kawin aku pada kawan-kawan ofis di Jalan Duta dan Pandan Indah. Jadi, dalam perjalanan tu kami ada satu tentatif iaitu pergi kenduri@makan pulut(kalau bahasa orang Terengganu) kawan dia di Teluk Intan. Kami bertolak lebih kurang dalam dalam pukul 11 pagi. Tanpa membuat minor checking seperti bateri kereta, tayar dan air radiator, kami pun tiba ke destinasi kami di kawasan yang menjadi aktiviti kami untuk waktu itu. Setelah selesai, lebih kurang dalam pukul 1 tengahari kami pun bertolak ke KL untuk mengejar masa yang suntuk untuk berjumpa Abang Kamsani (sebab nak bagi kad kawin). Abang Kamsani ni pula ada hal dalam pukul 2 petang. Apa lagi, aku pun… jangan risau,